15 Negara Eropah Hadapi Kemelesetan Ekonomi...


kalau ikut statement gabenor bank negara dlm paper arini, malaysia mmg tak menghadapi kemelesetan ekonomi..tapi takde org tau samaada masalah ekonomi dunia ni sampai tahap paling teruk ke belum. kalau belum, elok rasanya sume org bersedia...termasukla malaysia kan..sbb kalau negara lain meleset ekonominya..camana kita boleh terlepas padahal kita kan rakan niaga diorang semua..

BRUSSELS - Sejumlah 15 negara di Eropah yang menggunakan mata wang euro kini secara rasmi berada dalam kemelesetan ekonomi, kata Kesatuan Eropah (EU) semalam.

Keadaan ekonomi di beberapa negara EU menguncup untuk dua suku tahun berturut-turut akibat krisis kewangan dunia dan kurangnya permintaan.

Statistik yang disiarkan semalam menunjukkan ekonomi zon euro itu menguncup sebanyak 0.2 peratus pada suku tahun ketiga dan suku tahun kedua berbanding suku tahun sebelum ini.

Kadar pertumbuhan negatif untuk dua suku tahun berturut-turut itu biasanya dianggap sebagai satu kemelesetan ekonomi teknikal.

Kadar pengangguran di Britain dijangka meningkat selepas sebuah syarikat telekomunikasi, BT kelmarin mengumumkan untuk mengurangkan sejumlah 10,000 pekerja menjelang Mac tahun depan

2 comments:

Anonymous said...

padan muka orang perancis....ciss...

Zamz said...

isk tak baikkk hehehe

Post a Comment