Mitos ~ Lebih Besar Megapixel Lebih Cantik Gambar???


berapa besar megapixel kamera korang..ada sampai 10 tak..hehe.. skrg normalla kalau kamera tu 5 megapixel ke atas..dah murah pun..cuma kekadang tangkap gambar still tak clear..stress jugakkan..dah beli mahal2 still tak clear....

UMUM mengetahui megapiksel merupakan salah satu faktor penting yang perlu dipertimbangkan sebelum membeli sebuah kamera digital. Namun hari ini, ia mungkin tidak lagi relevan.

Apabila memilih kamera kompak yang mana untuk dimiliki, megapiksel bukanlah sesuatu yang perlu terlalu dititikberatkan. Apa yang perlu diberikan keutamaan hari ini ialah saiz sensor sesebuah kamera. Semakin besar sensor sesebuah kamera itu, semakin baik kualiti gambar yang mampu dihasilkan.

Semakin besar sensor bermakna semakin banyak cahaya dan semakin banyak cahaya dapat diambil oleh sesebuah kamera, semakin baik warna dan kontrasnya. Dengan sensor bersaiz besar, gambar yang diambil di dalam bangunan tanpa lampu limpah (flash) akan kelihatan lebih berkualiti berbanding kamera yang mempunyai sensor yang lebih kecil.

Malangnya, kamera kompak tidak mampu memuatkan sensor yang besar kerana ia perlu kekal kecil, padat dan mudah dibawa. Saiz sensor pada kamera kompak boleh menjadi lebih kecil daripada kuku jari kelingking manusia

Ini adalah penyebab utama mengapa kamera kompak sukar menghasilkan gambar yang berkualiti dalam keadaan yang kurang cahaya tanpa penggunaan flash. Bagi mengetahui saiz sensor sesebuah kamera, anda boleh memeriksa butiran pada manual kamera. Ia lazimnya dirujuk sebagai CMOS, CCD, elemen pengimejan atau sensor imej, tetapi tidak boleh lari dengan bacaan ukuran seperti 1/2.7 inci, yang merujuk kepada saiz sensornya.

Sebagai perbandingan, kamera Digital SLR profesional mempunyai sensor yang besarnya sehingga 30 kali ganda berbanding kamera kompak. Tidak hairanlah saiznya juga jauh lebih besar berbanding kamera biasa.

Ironinya, kaedah penyelesaian bagi mempertingkatkan kualiti foto pada kamera kompak ialah dengan cara mengurangkan bilangan megapikselnya. Dengan bilangan megapiksel yang kurang bermakna setiap piksel di dalam sensor kini boleh mendapat lebih cahaya sekali gus meningkatkan kualiti gambar.
full article

11 comments:

elyass said...

hehehe
aku selalu tangkap gambar
guna handfon jer...
haha 3.2 megapixel..
clear lah jugak...
hahaha

shaxx said...

aku punya 5.1 MP.... dah tua dah kamera tuh...

Myza said...

Myza punya camera 7.2 MP, so far pictures ok, video pun ok! Harga pun ok jugak!

Jard The Great said...

hmmm...aku takde kamera.. ade N95 8GB jer.. heheh.. tu pong dlm 5mp.. huhu

zamz said...

wah jard...ada n95 je ek...lebih dari ok tuu

zamz said...

myza..kena tangkap gambar byk2 la letak kat blog kalau camtu hehe..baru berbaloi

zamz said...

shaxx...biar kamera tua..tuan kamera tetap maintain hehe

zamz said...

elyass yg penting tgn yg memegang camera hehe

9600 said...

kamera gua 24 megapxl huhu... crop gambo pun takde mesalah... kalau camera nyer processor power takde masalahnya takut gambo blur... unless hang ada penyakit parkinson kot...

zamz said...

wah 24 megapixel ek..besar tuu..boleh print poster hahaha

izzat said...

ironinya, semuanya bergantung kepada saiz sensor kamera, bukan megapixel. untuk guna megapixel besar, saiz sensor yang besar diperlukan baru gambar tu cun.

just my 2 cents. :)

Post a Comment