Didik Anak Kepentingan Pengurusan Kewangan

saja nak share benda nih..kekadang kita terlupa benda2 camni takde belajar kat sekolah, sumenya bermula dari rumah..

- cara mencari duit dan menyimpan duit...benda penting untuk survive dlm hidup

DALAM keadaan ekonomi tidak menentu ini, pengurusan kewangan keluarga adalah sangat penting.

Konsep pengurusan kewangan ini bukan hanya untuk orang dewasa, malah perlu diterapkan di kalangan anak-anak kerana ia dapat membantu mengurangkan jumlah perbelanjaan bulanan anda.

Dengan kenaikan harga barang, anda sememangnya memerlukan bantuan daripada semua ahli keluarga dan anak-anak juga tidak terkecuali.

Malangnya, ramai ibu bapa yang gagal mendidik anak-anak mereka mengenai asas pengurusan kewangan.

Pengajaran paling penting untuk disampaikan kepada anak-anak ialah kepentingan menabung dan mengelakkan pembaziran kerana ia perlu demi kebaikan anda dan juga anak-anak.

Duit tidak turun dari langit

Mungkin ada anak zaman sekarang tidak menganggap mendapatkan duit itu satu perkara sukar.

Semuanya mereka anggap mudah. Cuba bayangkan senario ini - seorang anak kecil meminta ibunya membelikannya mainan baru tetapi ibunya tidak mempunyai cukup duit untuk membelinya, lalu dia berkata “Mak tak cukup duit nak belikan adik mainan ni”.

Si anak pula dengan lurusnya menjawab “ATM ada. Mak keluar la duit dari mesin ATM tu”.

Inilah fikiran kanak-kanak zaman sekarang! Bagi mereka, wang dikeluarkan mesin ATM itu tidak ada kesudahannya.

Kanak-kanak akan melalui satu peringkat dalam hidup mereka yang mana mereka mahu memiliki pelbagai benda.

Mereka tidak sedar bahawa untuk mendapatkan wang, anda sebagai ibu bapa perlu bekerja keras.

Apabila anak-anak sudah sampai ke peringkat ini, sudah tiba masanya untuk anda memberikan mereka pendedahan mengenai pengurusan kewangan.

Mendisiplinkan anak mengenai wang

Antara pengajaran penting dalam mendidik anak mengenai pengurusan kewangan ialah mereka perlu mengetahui mereka perlu berdisiplin dalam berbelanja dan menguruskan wang.

Anak-anak perlu berdisiplin, sama ada dalam konteks menyimpan wang dalam akaun simpanan mahupun sekadar dalam tabung di rumah.

Ketika anak-anak mengenali perbezaan antara keperluan dan kehendak serta perlunya menabung, disiplin yang diperoleh dalam menabung dan mengawal diri daripada membazir akan menjadi pengajaran yang boleh digunakan dalam pelbagai aspek kehidupan kelak.

Mereka akan berusaha lebih gigih untuk berbelanja mengikut kemampuan diri dan meringankan beban anda.

Mengelakkan anak anda daripada menjadi Generasi Hutang

Ramai anak-anak kita yang masih menuntut di universiti sudah mempunyai hutang yang perlu dibayar apabila tamat pengajian.

Contohnya pinjaman pelajaran. Apa yang dikhuatiri ialah apabila memasuki alam pekerjaan, bukan saja pinjaman pelajaran perlu dibayar tetapi ditambah pula dengan hutan kad kredit, pinjaman peribadi dan sebagainya.

Jika hutang ini tidak dikawal, mereka mungkin akan dibelenggu hutang untuk tempoh lama dan mungkin juga akan melarat sehingga mereka sudah berkeluarga.

Menanamkan sifat pemurah dan dermawan pada anak-anak

Jika anak anda dapat menguruskan wang dengan baik, mereka akan dapat menabung dan melabur.

Di samping itu, wang lebihan itu boleh digunakan untuk menderma atau menolong kawan atau orang kesusahan.

Dengan menggalakkan sikap dermawan dalam diri anak pada usia muda, mereka akan membesar sebagai individu mempunyai sifat terpuji.

Nota: Artikel ini ditulis SIDC dan Ooi Kok Hwa, pemegang Lesen Wakil Perkhidmatan Pa-saran Modal untuk menjalan-kan urusan nasihat pela-buran di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Mak-lumat dalam artikel ini ialah untuk tujuan pendidikan dan tidak boleh dianggap peng-ganti untuk nasihat perunda-ngan atau nasihat profesional.

0 comments:

Post a Comment