Tarif Air Selangor, KL, Putrajaya Mungkin Naik 37 Peratus

tak paham aku...time ni sume org nak turun kan harga brg, harga minyak...harga air pulak nak dinaikkan ....bukan aritu dah naik ke.....letih dah cakap pasal harga barang naik nih...makin naik la harga teh tarik aku lepas ni huhuhu

PUTRAJAYA 12 Dis. — Seramai 1.5 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya mungkin terpaksa membayar kenaikan tarif air sebanyak 37 peratus jika Kerajaan Selangor tidak menyerahkan aset perkhidmatan airnya kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB) Mac tahun depan.

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi, Datuk Shaziman Abu Mansor hari ini memberi jaminan tiada langsung kenaikan tarif air di kawasan-kawasan tersebut pada tahun depan sekiranya aset itu diserahkan.

Ini kerana perjanjian konsesi antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Selangor dan Syabas selama 30 tahun antara 1 Januari 2005 hingga 31 Disember 2034 boleh dibatalkan dan tarif air boleh distrukturkan semula setelah penyerahan aset itu, katanya kepada para pemberita di pejabatnya di sini.

Beliau berkata, aset perkhidmatan air Selangor bernilai RM5.5 bilion termasuk paip utama, loji rawatan serta kawasan tadahan air dan aset itu adalah milik kerajaan Selangor dan empat pemegang konsesi air di negeri itu iaitu Syabas, Puncak Niaga, Splash dan Abas.

Penyerahan aset perkhidmatan air Selangor kepada PAAB, di bawah Kementerian Kewangan, bertujuan meringankan beban kewangan pengurusan air di Selangor yang turut membekalkan airnya kepada Kuala Lumpur dan Putrajaya.

Shaziman berkata, masalah beban kewangan itu dapat dikurangkan kerana PAAB akan mengambil alih pengurusan aset termasuk bebanan hutang mereka melalui perpindahan aset itu dan kemudian menyewakannya semula kepada Kerajaan Selangor dan pemegang konsesinya pada kadar yang rendah.

Beliau menjelaskan PAAB boleh mengambil risiko tersebut kerana kadar faedah pinjaman Kerajaan Persekutuan yang rendah dan tempoh bayar balik pinjaman yang fleksibel berbanding dengan kerajaan negeri yang terpaksa membuat pinjaman bank bagi menguruskan aset perkhidmatan air mereka.

Mengikut perjanjian konsesi itu, tarif air di ketiga-tiga kawasan itu sepatutnya dinaikkan sebanyak 37 peratus pada 1 Januari 2009.

Bagaimanapun, Kerajaan Pusat bersetuju untuk memberi kelonggaran sehingga 31 Mac tahun depan untuk membolehkan kerajaan Selangor menyerahkan aset tersebut kepada PAAB.

Jika tidak, Kerajaan Persekutuan tiada pilihan dan terpaksa memenuhi hak Syabas untuk mendapatkan kenaikan tarif itu seperti termaktub dalam perjanjian konsesi. - Bernama

1 comments:

Gerrard said...

harga minyak mentah dah turun .. ni harga air mentah lak naik .. ayoo~ meh kite luku2 jer pale sapa yang memandai2 naikkan harga air ni ... huh!

Post a Comment