Ibadah Korban Hindar Sifat Tamak dan Kedekut

kejap je dah nak raya haji..dan bila dtg raya haji yg selalu jadi main topik ialah korban...ada sesapa buat korban ke tahun nih...

KORBAN adalah ibadat yang amat besar pahalanya dan dituntut umat Islam melaksanakannya. Ibadat itu empunyai hikmah tertentu yang hukumnya adalah sunat muakkad khususnya mereka berkemampuan.

Korban bererti menyembelih binatang ternakan membabitkan kambing, biri-biri, lembu, kerbau dan unta yang cukup umur pada Aidiladha dan tiga hari Tasyrik 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Rasulullah SAW memberi penekanan supaya umatnya yang berkemampuan melakukan korban. Hadis diriwayatkan Ahmad Ibnu Majah: Daripada Abu Hurairah, katanya, Nabi Muhammad SAW bersabda: “Barang siapa yang mempunyai kemampuan, tetapi tidak melakukan ibadat korban maka janganlah ia menghampiri tempat sembahyang kami”.

Oleh itu, bagi mereka yang mempunyai kemampuan hendaklah melaksanakan korban pada Isnin depan dan seterusnya tiga hari Tasyrik iaitu Selasa, Rabu dan Khamis. Sebenarnya, ibadat itu akan mendekatkan diri kepada Allah dan sebaik ujian keimanan dan ketakwaan kepada Allah.

Korban menghindar manusia perasaan tamak, bakhil, kedekut dan takbur dengan kekayaan sekali gus menanamkan kesedaran harta dimiliki kepunyaan Allah.

Ibadat korban juga mendidik umat Islam kerjasama dan muafakat khususnya ketika melakukan kerja penyembelihan dan melapah serta penyediaan makanan kepada petugas dan pengunjung. Kesannya, dapat melahirkan masyarakat yang sentiasa tolong-menolong, berkasih sayang dan harmoni. Full Article

4 comments:

Yanmie said...

tahun nie hubby yan buat korban dan akikah tuk anak2..

Mak Su said...

insyallah, nak juga buat.

zamz said...

yanmie...tumbang sekor lembu ke

zamz said...

buat mak su jgn tak buat hehe..dah dekat nih

Post a Comment