Lee Chong Wei Juara Perseorangan Lelaki Siri Super Masters


korang ke tadi final game chong wei vs peter gade...straight set je menang...congrats datuk lee chong wei!!!

KOTA KINABALU 21 Dis. – Pemain nombor satu dunia, Datuk Lee Chong Wei muncul juara perseorangan lelaki kejohanan badminton Siri Super Masters selepas menewaskan Peter Gade 21-7, 21-16 dalam pertarungan 32 minit.

Aksi final menarik kedua-dua pemain itu disaksikan lebih 5,000 penonton di Stadium Tertutup Likas, Sabah hari ini.


Dengan kemenangan itu, Chong Wei meraih wang tunai AS$$40,000.

Acara perseorangan wanita dimenangi pemain Hong Kong, Zhou Mi yang mengalahkan rakan senegara, Wang Chen, 21-14, 21-18.
Beregu campuran Denmark, Thomas Laybourn-Kamilla Rytter Juhl mengejutkan pasangan utama dunia dari Indonesia, Nova Widianto-Liliyana Natsir, 21-19 18-21 22-20. Laybourn-Kamilla memenangi wang tunai AS$$42,000. - Utusan

2 comments:

Mak Su said...

berjaya lagi, dan yg penting, imbuhan pun menarik, balik kang nak beli reket ler

Zamz said...

tulah hadiah pun not bad kan usd 40k

Post a Comment