korang tiap2 ari mandi air panas ke sejuk.....dulu2 tiap ari aku mandi air sejuk...skrg ni air panas memanjang jadi pilihan hati aku hahaha..tapi byk kebaikan mandi air sejuk nih...
Mengikut petua orang-orang tua dan kini disokong pula oleh banyak kajian klinikal, mereka yang sedang sakit tekak, demam selesema, sakit kepala ataupun batuk, disyorkan agar membiasakan diri dengan amalan mandi air sejuk pada awal pagi.
Air sejuk bertindak ‘mengejutkan’ sistem imunisasi seterusnya mengaktifkan penghasilan hormon untuk keperluan tubuh secara keseluruhan. Ini bermakna, hormon tersebut dapat membantu mengawal keadaan normal tubuh daripada simptom-simptom dan kesan akibat penyakit tertentu.
Secara teorinya, tubuh manusia memberi reaksi pada kesan penyejukan dengan mengumpulkan semua darah yang panas ke bahagian teras badan untuk menghimpunkan khasiat sekali gus melindungi organ-organ penting.
Ketika itulah hormon dihasilkan dan kemudian disebarkan semula ke seluruh bahagian tubuh apabila salur darah yang sejuk mencairkan darah bagi memudahkan peredaran hingga ke lapisan kulit.
Dalam kajian yang dijalankan di Thrombosis Research Institute, Hospital Brompton di London mendapati bahawa amalan mandi air sejuk boleh meninggalkan kesan yang dramatik termasuk memperbaiki penghasilan hormon seks yang membantu memulih tenaga lelaki dan kesuburan wanita.
Selain itu, ia juga boleh memberi tenaga kepada mereka yang mengalami sindrom letih yang teruk, mengurangkan kes serangan jantung dan strok (kerana ia melancarkan peredaran darah), serta meningkatkan paras sel darah putih.

12 comments:
thanks for the info..hehehe..lawak tgk gmbr tu..
aku dulu je mndia air suam mase kecik sebab liat nk mandi pagi.. sekarang tadak dah.. ujan ke.. ape tetap air sejuk jadi pilihan ht... sebab bg bdn aku ia lebih menyegarkan drpada aku mandi air panas
yanmie..tu gambaran sejuk nak mandi sampai jadi ais huhu
okla tu aku ida...
cuma selalunya mandi air panas pun rasa sama je segarnya hehe
owh... bagus rupanya mandi air sejuk ni... asal jangan kena penyakit paru paru berair dah la...
selalunya paru2 berair sbb mandi mlm kan..
Sesiapa yg ada migraine, elok mandi air sejuk.Lega rasa bila kena air sejuk! Kurangla sikit rasa berdenyut-denyut sebab migraine tu!
hmm...aku mmg pon mandi air sejuk hari2.. patut la susah betul nak demam.. ehehe
betul ke myza bolehla sesapa ada migraine mandi sejuk2
jard..yela ko mmg tererr hehehe
sebenarnyer,takde kena mengena mandi malam ngn paru2 berair..mitos jer..asal daya tahan badan anda kuat silakan saja..huhu
yeke..
selalunya mmg dgr org cite je
tapi kalau muda mmg la kuat kan..
selalunya effectnya bila dah tua kan
Post a Comment