Mari Kenali Hukuman Hudud

pelik gak kenapa ramai sgt org susah hati nak laksanakan hukum hudud ni even org islam sendiri pun ada yg berbelah bagi.

walaupun aku ni bukan la pandai sgt bab2 hukum ni..tapi kalau hukum bunuh boleh je dilaksanakan kat msia..kenapa hukum hudud tak boleh padahal hukum hudud bukan saja untuk menghukum org yg bersalah tapi jugak utk educate public supaya jangan buat kesalahan yg sama.

bayangkan malaysia tanpa kes2 jenayah yg semakin berleluasa dgn kes ragut, pecah amanah etc. sbb takde org yg sanggup hilang tangan disebabkan kesalahan tersebut.

6 comments:

Nadine Zuharra said...

cantiklah poster tuh..
*mm,berani kerana benar..kalau hukum hudud ni dilaksanakan,betullah kate zamz,ia akan educate public supaye takut nak buat kesalahan yg sama.Lagi2 kalau hukuman tu dijalankan di khalayak ramai.Bukan setakat mencuri,kesalahan2 sosial yang lain pun pasti akan berkurangan.Siapa yang tak takut direjam dengan batu dan sebagainya?Dan kalau diikutkan,hukuman ni memang setimpal dengan dosa2 mereka ni..

Nadine Zuharra said...

opps,tapi lupa pulak yang M'sia negara yang berbilang kaum dan agama..tu yang jadi masalah utk laksanakan hukum ni agaknya..relevankah hukum hudud ni dengan corak negara kita ni..?

Desperado said...

Nadine Zuharra...kenapa nak pikirkan hal-hal kaum lain sedangkan hukuman tersebut hanya untuk rang Islam. Negara kita punya dua sistem kehakiman, gunakanlah konvensyenal sistem untuk bangsa lain dan hudud untuk Islam...

Hudud memang relevan sebab ianya hukum Allah dan bukan hukum Manusia. Kenapa hukuman gantung anda tidak pertikaikannya sedangkan ianya hukuman yang mencabut nyawa orang lain sama seperti hukumanan Qisas...

Di Madinah dulu juga ada pelbagai kaum, Yahudi, Nasara, tetapi hudud tetap dijalankan..ya memang hudud relevan di Malaysia!

Tempe said...

Kenapa pula hudud tak sesuai dgn Malaysia hanya kerana Malaysia ada kaum lain?? Madinah bukankah juga di diami oleh kaum yahudi. Hukum yg Allah tetapkan, siapa yg lebih tahu mengenai ciptaannya melainkan penciptnya? Bukan mcm hukum manusia yg bila2 masa boleh dipinda dan ada kekurangannya.. Islam itu universal.. kalau hudud digunapakai oleh non-muslim juga sebenarnya tiada masalah di sini.

Aimanis said...

beza undang2 kita ngan hudud..
kita slalu usaha cari bukti nak buktikan org tu bersalah..tapi hudud cuba buktikan orang tu tak salah..bukan mudah nak potong tgn orang..kena faham..ada syarat2 n step2 nyer..bukan main potong jer...world..peace!!

zamz said...

rasanya takde apa yg nak dirisaukan pun kalau hukum hudud dilaksanakan..

bila cakap hukum hudud je yg peliknya kenapa tetiba org rasa kesian pulak dgn pencuri2 perompak2 penjenayah2

seolah2 nak membela plak golongan2 ni

pelikkan..

Post a Comment