Penat Siot Mengecat...

arini pagi2 lagi aku dah keluar rumah..bukannya pegi keja

tapi ada aktiviti gotong royong mengecat pusat latihan untuk budak2 autisme

ni ada definition utk penyakit autisme nih

"Istilah autisme digunakan untuk mentakrif corak kelakuan anak yang berpunca daripada kesukarannya untuk berinteraksi dengan orang lain, termasuk ibu bapanya. Anak yang autistik hidup dalam dunianya tersendiri. Misalnya, walaupun anak tidak pekak, anak seakan-akan tidak mendengar apa yang dikatakan kepadanya. Ramai antara mereka langsung tidak bertutur atau bertutur dengan cara yang aneh. Jika ibu bapa mengimbas kembali sejarah anak, mereka akan mendapati semasa bayi anak jarang tersenyum dan tidak pernah meminta untuk didukung."

tapi arini budak2 tu takdelah..yela kalau diorang ada susah plak nak mengecat karang kan..

pusat ni ditadbir badan ngo..dan takde peruntukan dari kerajaan..sbb tu kitorang pilih rumah nih

sebenarnya tak senang gak nak buat aktiviti mcm ni..sbb sebelum ni kitorang cuba cari ramai yg nak mintak bantuan kewangan...takat nak cat ke nak buat gotong royong diorang takdela perlukan sgt..maksudnya bukanla priority bagi diorang


dah ramai2 tadi tu..pakat2 la buat tugas apa yg ada dimulakan dgn mengikis cat yg dulu2..

aku penat sgt lah tak tak teringat pun nak tangkap gambar masa mengecat...last2 gambar mural ni jelah yg aku tangkap....definitela bukan aku la yg lukis..aku bahagian menyibuk cat dinding je hehe..tu pun penat nasib baik tak jatuh tangga hehe


dah siap sume legala sikit..tak sangka plak penat gak mengecat nih..lepas ni aku nak cat rumah aku plak..ada sesapa nak join gotong royong tak? hehe




0 comments:

Post a Comment