Kabinet Lulus Matematik dan Sains Dalam Bahasa Melayu

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini meluluskan pengajaran dan pembelajaran Matematik dan Sains di sekolah kebangsaan dan menengah dilaksanakan dalam Bahasa Melayu berkuatkuasa pada 2012.

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berkata pelaksanaannya bermula berperingkat mulai 2012 bagi Tahun Satu dan Tahun Empat, Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat.

Beliau berkata, bagi Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina dan Tamil, pengajaran dan pembelajaran dua subjek itu akan dilaksanakan dalam bahasa ibunda masing-masing.

Serentak itu, katanya, kerajaan memutuskan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Inggeris di semua peringkat persekolahan perlu dimantapkan lagi.

"Pelaksanaan keputusan Kabinet bagi pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik ini akan berkuatkuasa pada 2012

tukar lagi ..tapi lambat lagilah...

4 comments:

meo188 said...

apakah?..... baguslah kembali kpd BM. Barulah BM nie menjadi bahasa Ilmu balik....

Zamz said...

meo..bahasa ilmu sains dgn maths la kot..subjek2 lain sume dah ada hehe

zamdotcom said...

bagus bagus ^^
satu-satunya keputusan yg bijak


p/s: tgh belajar bahasa arab

::AnEp:: said...

betol..ak setuju..senang ckit nk bljr math ngn sains..bhsa mlayu bhs kita..
jgn dilupakan..

Post a Comment