Biar Miskin Harta Jangan Miskin Jiwa


Seorang pemuda menasihati seorang pengemis yang kelihatan sihat dan kuat untuk kerja yang sangat mengaibkan itu.

Saudaraku, berhentilah drpd menjadi pengemis. Kau masih kuat dan sihat.

Apa? Saudara rasa kerja mengemis tidak memerlukan tenaga? Dlm satu hari saya perlu berjalan ke sana sini. Kalau saya tak kuat dan sihat saya tak akan dapat menahan panas, hujan dan apa jua cuaca, jawab pengemis.

Mengemis ini hina. Hilang maruah diri.

Siapa kata hina? Inilah kerja yang mulia. Sebab saya jadi pengemis, orang lain mendapat pahala. Saya juga mendapat pahala sabar, apabila org caci saya. Pahala syukur, apabila org memberi sedekah. Hinakah itu? Saya juga berdoa untuk org yg memberi sedekah kepada saya. Hinakah?

Pendakwah terdiam. Rupanya pengemis itu bukan hanya miskin harta, tetapi miskin jiwanya. Alasan untuk malas sentiasa ada. Kreatif betul tipuan syaitan.

Pengajaran: Pelbagai alasan diberikan untuk malas termasuk atas hujah dan dalil agama. Kepalsuan yg bersalut kebenaran bukan sahaja mampu menipu org lain, tetapi paling malang, menipu diri sendiri.

artikel dari majalah solusi isu no. 10

susah betul nak ubah pemikiran sesetengah org, walaupun nampak sgt benda tu tak betul. diorang akan cari jugak hujah dan jalan untuk menjadikan benda tu nampak betul bagi diorang. apo nak dikato..

4 comments:

.o r k e d. said...

hikhik.x sume org dpt menerima teguran+nasihat

Dba Ghani said...

kena ingat yang dlam islam,
kita diwajibkn memberi bukannya meminta....

aRien de GreaT said...

~TU LA PASAL KAN..ADOIYAII..KLU DH KUAT..PLING2 KURANG PUN LEH JDI BURUH KONTRAK APE DRI JDI PENGEMIS..HMMM..TPI ~NASEB APNA-APNA~

ezanykun said...

pengemis tu mesti dah standby skema jawapan.. ekeke..

Post a Comment