Nisfu Syaaban...Selamat Beramal

Assalamu'alaikum w.b.t...

Hari Nisfu Sya'aban akan tiba pada hari Rabu malam Khamis ( sebaik saja masuk maghrib), 5hb August, 2009(selepas maghrib pada hari 14 Sya'aban 1430H)

Oleh itu, marilah kita sama-sama mengambil saat keemasan ini untuk menutup catatan amal ibadah kita kpd Allah dengan baik dan sempurna dan seterusnya berazam untuk memperbaiki diri kita untuk catatan yang baru.

Hari nisfu sya'aban adalah hari dimana buku catatan amalan kita selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru.

Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu maghrib, (15 Sya'aban bermula pada 14 hb sya'aban sebaik sahaja masuk maghrib)

Berikut adalah antara amal ibadah di hari Nisfu Sya'aban:

1. Selepas solat maghrib (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)

Solat sunat nisfu sya'aban, 2 rakaat


Rakaat 1 : baca Al-Fatihah & surah Al-Qadar 1x

Rakaat 2 : baca Al-Fatihah & surah Al-Ikhlas 3x

2. Membaca Yasin 3x selepas solat Maghribnya (15 Sya'aban, malam = 5 August 2009)

i) Selepas Yasin pertama : mohon dipanjangkan umur untuk beribadat kepada Allah

ii) Selepas Yasin kedua : mohon rezeki yang halal untuk beribadat kepada Allah

iii) Selepas Yasin ketiga : mohon ditetapkan iman dan Islam & mati di dalam iman & pohonlah segala yang baik....

Kemudian baca Istighfar 11x & selawat 11x

Baca doa nisfu Sya'aban (ada didalam Yasin Majmuk)

3. Baca surah ikhlas 1000x

4. Berpuasa pada siangnya

Abul Khair Al Talaqaani r.a. mengira nama2 malam Nisfu Syaaban sebanyak 22.

Antaranya yg termasyhur adalah:

1. Malam Dimustajabkan Doa

2. Malam Pembahagian Takdir

3. Malam Rahmat

4. Malam Berkat

5. Malam Pengampunan (Taubat)

6. Malam Penebusan

7. Malam Syafaat

8. Malam Penulisan

9. Malam Keagungan dan Kemuliaan

10. Malam Rezeki

11. Malam Hari Raya Para Malaikat

12. Malam Penghidupan

saja nak share...selamat beramall

9 comments:

joegrimjow said...

jooom buat!!

aRien de GreaT said...

~insyaAllah..selamat beramal jugak..

Anonymous said...

rugi la kan.. kalau perempuan yang berada dalam keadaan tidak suci.. rugi sebab tak dapat buat semua ni.. :(

Meooo Comicore Club said...

dapat info di mana nie?

Zamz said...

joe buat jgn tak buat

Zamz said...

arien selamat beramal

Zamz said...

rhea tak dpt masa ni masa lain byk lagi kan boleh buat

Zamz said...

meo dpt dari email je..ada apa2 yg tak kena ke

su said...

suke N3 ni! mekaseh atas info! leh bg anak2 murid baca! mekaseh2!

Post a Comment