Beraya Kat Muzium Perang Batu Maung Pulau Pinang

dah seminggu lebih beraya kan..kejap je.
aku pun baru jugak balik dari kampung, tapi belum start keja lagi. minggu depan baru start keja. lama lagi tu.

dalam balik beraya aritu, dah penat beraya rumah org pi plak beraya kat muzium perang nih. tak plan pun tapi mmg kebetulan lalu situ singgah kejap la tgk apa yg ada kat situ. walaupun aku asal penang tak penah pulak tau apa yg ada kat situ.

bila dah masuk baru tau rupanya situ dulu merupakan bekas tapak kubu inggeris masa tanah melayu dijajah dulu. lepas tu jepun ambik alih siap ada tempat2 kat kubu tu dijadikan tempat penderaan, tempat org kena pancung, tempat org kena hukuman gantung dan macam2 lagi. tak sangka pulak aku kawasan dia mmg luas.

kagum gak la tgk kubu2 bawah tanah yg diorang buat. ada yg aku masuk tu 30 kaki bawah tanah. semua office, tempat tinggal dibuat bawah tanah. tu yg sampai skrg pun kuat lagi. ada terowong yg sampai 100 kaki bawah tanah terus boleh tembus ke laut mengikut pakcik yg explain kat kitorang tuh.

lagi satu tempat ni jugak diorang jadikan tempat org main paintball..agaknya lagi adventure kot sbb main kat tempat bekas tapak perang hehe.

aku rasa utk org yg minat mmg bleh spend berjam2 kat tempat nih. aku pegi aritu pun kat 2 jam jugak round muzium nih. utk pengetahuan, sorang dewasa kena bayar rm15, tapi kalau pegi malam lagi mahal tak sure pulak berapa tapi akan ada org escort la.

tempat tinggal askar melayu..sbb tu kot ada curtain
ni tempat org kena pancung..siap ada kapak lagi kat situ..tali kat atas panjang tu pulak utk digantung kepala2 yg dah kena pancung
ni la terowong bawah tanah 100 kaki tu..kat sini gak la diorang buat tempat gantung org
meriam ni panjang woo..boleh sampai 15 km kalau tembak
ni la basikal yg jepun guna utk takluk tanah melayu

cth terowong..yg ni yg kecik punya kena merangkak..ada gak yg bleh berdiri je agaknya diorang take into consideration badan2 mat saleh yg besar tu kan

4 comments:

Anip™ said...

aku dr dulu lg tringin nk pegi...asyk dgr org ckp best jer..cantik jg kt sini..

meo said...

wah... mesti best bwk budak2 g tempat cenggini

Zamz said...

anip pegi jgn tak pegi

Zamz said...

meo budak2 mmg excited walaupun diorang tak paham sgt

Post a Comment