LHDN Bayar Balik Cukai 531,537 Pembayar Cukai



KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyelesaikan 531,537 kes bayaran balik lebihan cukai pendapatan tahun ini membabitkan pembayar cukai yang menyerahkan borang cukai taksiran menerusi e-Filing dan manual.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Percukaian LHDN, Mohammad Sait Ahmad, berkata jumlah itu membabitkan kira-kira 75 peratus daripada 703,551 kes yang dikenal pasti dikenakan cukai berlebihan. Katanya, daripada jumlah yang selesai dibayar itu, sebanyak 173,333 pembayar cukai menerima bayaran balik lebihan menerusi pindahan wang secara elektronik (EFT.

“Kami masih memproses pembayaran balik kerana terdapat pemohon gagal mengemukakan resit dan dokumen yang diperlukan, tuntutan meragukan dan kesilapan taksiran cukai.

“Bagi e-Filling, ia dapat diselesaikan dalam sebulan manakala secara manual mengambil masa tiga bulan,” katanya katanya selepas taklimat perkhidmatan bayaran di sini, semalam.

Mohammad Sait berkata, jumlah bayaran balik lebihan cukai yang dibayar LHDN antara RM5 bilion hingga RM7 bilion setiap tahun kepada individu dan syarikat.
Dalam pada itu, katanya, LHDN kini cuba mewujudkan kesedaran kepada pembayar cukai supaya beralih kepada perkhidmatan perbankan elektronik berbanding manual bagi penjimatan kos. “Sejak dua tahun lalu, kami membelanjakan RM1.62 juta bagi kos mengeluarkan resit dan mengepos surat kepada pembayar cukai yang masih lagi menggunakan kaedah manual,” katanya.

Beliau berkata, tahun ini LHDN menyasarkan 10 peratus pengguna membayar cukai yang dikenakan terhadap mereka menggunakan perkhidmatan perbankan elektronik membabitkan RM9 bilion.

Katanya, penjimatan hasil urusan menerusi perkhidmatan elektronik dapat digunakan bagi membangunkan negara, menyediakan kemudahan dan membantu rakyat.

Pelik gak aku apasal aku dah 2 tahun tak dapat bayaran balik dari ramai2 yang bayar cukai terlebih. Surat apa pun tak dapat huhuhu.

Aku cadangkan LHDN be more transparent la. Bagi pembayar cukai view account diorang sama ada terlebih bayar atau terkurang bayar dan boleh la view status kalau dah submit. Janganla macam submit efiling masuk dalam laut je tenggelam terus takde apa2 berita.

2 comments:

Bapak said...

eh,Bapak punye ok je, ada dpt surat lagi...

bro kena follow up, call lhdn, kalu tunggu je, x tahu hal sebenarnye...

Zamz said...

tak tau la bapak dah 2 tahun takde berita nih..agaknya sbb ada claim lebih sikit kot

Post a Comment