Showing posts with label lhdn. Show all posts
Showing posts with label lhdn. Show all posts

LHDN Bayar Balik Cukai 531,537 Pembayar Cukai



KUALA LUMPUR: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menyelesaikan 531,537 kes bayaran balik lebihan cukai pendapatan tahun ini membabitkan pembayar cukai yang menyerahkan borang cukai taksiran menerusi e-Filing dan manual.

Timbalan Ketua Pengarah Operasi Percukaian LHDN, Mohammad Sait Ahmad, berkata jumlah itu membabitkan kira-kira 75 peratus daripada 703,551 kes yang dikenal pasti dikenakan cukai berlebihan. Katanya, daripada jumlah yang selesai dibayar itu, sebanyak 173,333 pembayar cukai menerima bayaran balik lebihan menerusi pindahan wang secara elektronik (EFT.

“Kami masih memproses pembayaran balik kerana terdapat pemohon gagal mengemukakan resit dan dokumen yang diperlukan, tuntutan meragukan dan kesilapan taksiran cukai.

“Bagi e-Filling, ia dapat diselesaikan dalam sebulan manakala secara manual mengambil masa tiga bulan,” katanya katanya selepas taklimat perkhidmatan bayaran di sini, semalam.

Mohammad Sait berkata, jumlah bayaran balik lebihan cukai yang dibayar LHDN antara RM5 bilion hingga RM7 bilion setiap tahun kepada individu dan syarikat.
Dalam pada itu, katanya, LHDN kini cuba mewujudkan kesedaran kepada pembayar cukai supaya beralih kepada perkhidmatan perbankan elektronik berbanding manual bagi penjimatan kos. “Sejak dua tahun lalu, kami membelanjakan RM1.62 juta bagi kos mengeluarkan resit dan mengepos surat kepada pembayar cukai yang masih lagi menggunakan kaedah manual,” katanya.

Beliau berkata, tahun ini LHDN menyasarkan 10 peratus pengguna membayar cukai yang dikenakan terhadap mereka menggunakan perkhidmatan perbankan elektronik membabitkan RM9 bilion.

Katanya, penjimatan hasil urusan menerusi perkhidmatan elektronik dapat digunakan bagi membangunkan negara, menyediakan kemudahan dan membantu rakyat.

Pelik gak aku apasal aku dah 2 tahun tak dapat bayaran balik dari ramai2 yang bayar cukai terlebih. Surat apa pun tak dapat huhuhu.

Aku cadangkan LHDN be more transparent la. Bagi pembayar cukai view account diorang sama ada terlebih bayar atau terkurang bayar dan boleh la view status kalau dah submit. Janganla macam submit efiling masuk dalam laut je tenggelam terus takde apa2 berita.

LHDN Selesai Lebih 80% Kes Tuntutan Bayaran Balik...huhu

Nampaknya aku tak termasuk dalam 80% tuh...huhu 
Dah la this year aku submit thru efiling awal dari biasa. Baru nak berangan dapat lebihan kredit sebab co aku tolak pcb terlebih2...ingat aku kaya sangat kot. Alih2 tak dapat la pulok..so next year balik asal lah..submit last minit gak...baru puas hati. At least aku boleh sedapkan hati yg diorang lambat bayar ataupun tak bayar sbb aku submit last minit. Hopefully, next year 100% lah ye. Kalau kat tempat keja aku nih, takat achieve payment 80% kpi diorang patutnya 1 out of 5. Need improvement lah.

Dah Submit Income Tax? Jom Efiling

Dah masuk bulan april ni semestinya bulan untuk isytihar jumlah pendapatan untuk tahun 2009 kat LHDN ataupun IRB. Tarikh akhir untuk isytihar pendapatan 30 April lah macam biasa. 

Untuk sesapa yang baru kerja tu bolehla check whether company korang dah tolong createkan account income tax untuk korang ke tak dan kalau dah create kat cawangan mana.  Kalau dulu2 masa aku baru start keja mmg kena tau kat mana account tu register in case nak claim lebihan bayar. Tapi skrg ni takde masalah sangat sebab semuanya boleh dibuat secara online melalui e-filing.

Aritu aku ada terbaca jugak dah ada org submit income tax awal dan dalam masa seminggu je dia dah dapat cheque untuk lebihan bayaran. Macam last year aku dapat cheque untuk lebihan bayaran pun dalam bulan august/september.

So aku pun dgn cita2 untuk dpt cheque awal terus submit borang BE last month thru efiling. Harap2nya dapat la awal sbb last year aku terlebih bayar income tax. Dan mmg betul seminggu lepas aku submit tu, aku dapat surat dari LHDN. Cumanya dia cakap nak check dulu account aku dan lepas tu baru diorang akan uruskan kalau betul ada lebihan. Adeh gagal lagi rancangan aku huhu..so bersabar je lah. Baru berangan nak enjoy dgn duit tu hehe.

So kepada korang2 jgn lupa pulak submit borang be sebelum 30 april, karang kena penalti pulak. Nak senang guna je efiling. Zaman2 ICT ni, ada jugak yg lebih comfortable submit borang secara manual lagi sebab tak percaya dgn sistem tuh. So pilihan di tangan anda....

Bulan Untuk Submit Income Tax Dah Sampai huhuhu


rasanya baru smlm kita sambut tahun baru 2009 hari ni dah masuk bulan april..

cepat sungguh masa berjalan
kalau kita tak berlari, ketinggalan la jawabnya

so bulan april ni mmg kebanyakan org dah tau la kan..

bulan untuk submit borang income tax dan terus bayar sekali...

bukan hantar je takyah bayar hehe..lainla aku hihi


aku dah try fill in all my details kat efiling..skrg ni laju lagi..tunggula hujung bulan ni sure traffic tinggi gila..since due date 30 April kan


kalau korang dah dpt EA form, lehla submit cepat2

korang gi sini je
E-FILING

so sesapa yg gaji byk sgt tu, tak potong PCB cukup utk cover korang punya tax, zakat korang pun tak cukup...
siap sedia lah utk membayar...byk tuuu

New Schedular Tax Deduction System Will Be Flexible: LHDN


korang penah tak kena potongan pcb yg korang rasa cam tak munasabah langsung, yela patutnya takat gaji ciput cam aku ni takdela kena potongan sampai maksimum 28%, tapi ikut pcb kena potongan sampai 28%.

benda ni selalunya berlaku masa dpt bonus la esp. bila tanya hr diorang cakap ada formula sendiri utk calculate. aku rasa benda ni sepatutnya more flexible la takpun more transparent, jgn sesuka hati je nak buat potongan. lari bajet woo...

tak sure la new system ni can do all those things, apa maksud diorang more flexible tu? pls la avoid over deductions

KUALA LUMPUR, Dec 24 (Bernama) -- The new schedular tax deduction (STD) system will be flexible, says Chief Executive Officer of the Inland Revenue Board (IRB), Datuk Hasmah Abdullah.

She said employers could work out a policy where employees would be able to request for further tax relief or other tax exemptions available on their monthly tax deductions according to a specific period set by their employers.

For instance, a worker who has purchased computers for a specific month would be able to request for the relevant tax relief during the month it was purchased if the employer has worked out a policy where adjustments to the STD can be made on a monthly basis.

The adjustments on tax deductions can be made according to any specific period such as once every two or three months or as specified by the employer and not necessarily once a year.

Hasmah said in view of the new tax allowances given under the 2009 Budget, the IRB has to look at new STD system to avoid over deductions.

Lebihan Kredit Income Tax..

smlm keluar duit arini dpt duit plak..tak sangka plak this year ada lebihan kredit dari lhdn..alhamdulillah la..cover duit battery aku smlm hehe..korang ada dpt cheque dari lhdn gak ke...