Showing posts with label Puasa. Show all posts
Showing posts with label Puasa. Show all posts

Kejap Je Dah Masuk Second Half..



mmg rasa kejap sgt puasa tahun ni..dah 17 hari kita berpuasa kan. so dah nak masuk 10 hari terakhir ni, ada berani nak cari malam lailatulqadar? takut2 la tahun depan dah takde peluang nak cari lagi dah. mana la tau kan...

selalunya 10 hari terakhir ni la org sibuk dgn benda2 lain cam nak cari baju raya la,  nak buat kuih raya la even aku tgk rumah2 pun byk buat renovation kira rumah pun raya gak la. tak kisah la nak raya pun amalan di bulan ramadhan ni jgn lupa. semoga kita semua mendapat rahmat dan keampunan dalam bulan posa nih.

Doa Khusus Untuk Malam Lailatul Qadar

Dari 'Aisyah r.a., katanya: Saya pernah bertanya dengan berkata: "Ya Rasulullah, Bagaimana kiranya saya mengetahui akan malam Lailatulqadar itu dengan tepat, apa yang saya akan doakan pada saat itu?" "Baginda menjawab: "Berdoalah dengan doa yang berikut: (1)

(( اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ، تُحِبُّ الْعَفْوَ، فَاعْفُ عَنِّى ))

(Hadith Sahih - Riwayat Tirmizi)

Maksud doa yang tersebut: "Ya Allah, ya Tuhanku, sesungguhnya Engkau sentiasa memaafkan (salah silap hamba-hamba-Mu), lagi suka memaafkan, oleh itu maafkanlah salah silapku."

Selamat Menjalani Ibadah Puasa


Salam rakan2 blogger semua,
dah masuk bulan ramadhan pun. kejap sungguh. rasa masa berlari sangat pantas. tak terkejar. sibuk sana sibuk sini tak abis2. 

bila setahun dah rasa macam sebulan, sebulan rasa macam seminggu, seminggu dah macam sehari..dah hujung2 la tu kan..huhu

bila sampai bulan ramadhan ni selalunya ada la masa utk bermuhasabah sendiri. boleh tgk balik for the past one year ntah apa yg aku buat. 

apa2 pun selamat menjalani ibadah puasa untuk semua dan semoga ibadah kita diterima hendaknya. amin.

10 Muharram ~ Hari Asyura

esok 10 muharram kan..sesapa yg nak posa sunat bolehlaa

Dari Abu Qatadah Al-Anshari r.a. katanya Rasulullah s.a.w. ditanya orang tentang puasa hari arafah (9 Zulhijjah). Jawab baginda, "Semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu dan yang akan datang". Kemudian Nabi ditanya pula tentang puasa hari asyura (10 Muharram). Jawab baginda, "semoga dapat menghapus dosa tahun yang lalu". (Sahih Muslim)

Hari Asyura’ berasal daripada perkataan ‘Asyara’ yang bermaksud kesepuluh atau merujuk kepada hari yang kesepuluh dalam bulan Muharram. Sementara hari yang kesembilan daripada bulan Muharram dikenali sebagai Hari Tasua’ (kesembilan).

Pada awal Islam, Hari Asyura’ adalah merupakan hari yang cukup dimuliakan dan diwajibkan bagi orang-orang Islam untuk berpuasa padanya hinggalah turunnya perintah berpuasa fardhu pada bulan Ramadhan. Maka, hukum berpuasa pada Hari Asyura’ bertukar kepada Sunat Muaakad. Namun, sebahagian sahabat masih kekal melaksanakan puasa pada hari tersebut mengenangkan kelebihan dan keistimewaan hari tersebut berdasarkan banyak nas-nas daripada Hadith Rasulullah SAW.

Adab Berbuka Puasa - Menurut Sunah Rasulullah S.A.W.

ADAB-adab berhubung ibadat mestilah merujuk kepada ajaran yang ditunjuk oleh Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w., iaitu al-Quran dan sunah. Ada sebahagian pihak yang cenderung mencipta adab-adab ibadah tanpa merujuk kepada dua sumber agung itu, misalnya dakwaan yang menyatakan makruh mandi terlalu kerap, atau mandi pada hampir waktu berbuka kerana ia boleh mengurangkan keletihan dan sekali gus menghilangkan kelebihan puasa.

Sedangkan di dalam hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Malik di dalam al-Mawata’, Ahmad dan Abu Daud di dalam sunannya, Abu Bakar bin Abd al-Rahman meriwayatkan:

“Telah berkata sahabat yang menceritakan kepadaku: “Aku melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Dengan itu Ibn Qudamah al-Maqdisi (meninggal 620H) menyatakan:

“Tidak mengapa seseorang mencurahkan air ke atas kepalanya (ketika puasa) disebabkan panas atau dahaga kerana diriwayatkan oleh sebahagian sahabat bahawa mereka melihat Rasulullah s.a.w. di al-`Arj (nama tempat) mencurahkan air ke atas kepala Baginda ketika Baginda berpuasa disebabkan dahaga atau panas.”

Yang penting di dalam bulan Ramadan ini adalah adab-adab yang kita kaitkan dengan ibadah puasa mestilah mempunyai asas yang boleh dipegang, iaitu al-Quran atau sunah. Antara adab-adab berbuka puasa yang dinyatakan di dalam hadis boleh dibaca di sini