Showing posts with label kereta. Show all posts
Showing posts with label kereta. Show all posts

Syarat Kereta 15 Tahun Ke Atas Masuk Puspakom Di Tarik Balik

lama siot tak masuk blog...byk tul keja..phhewwhh

online je nampak news nih..keta lama takyah gi check puspakom utk renew road tax..kira okla kan..tak la membebankan org ramai

apa2 pun samat pagi sabtu..semoga ceria sokmo lah korang sume

Brek Punca 19 Buah Kenderaan Berlanggar

sebenarnya pagi tadi mmg aku ada lalu jalan parlimen nih dan kat selekoh tu tetiba ada ramai org.

kat tgh2 tu ada 2 biji kereta baru accident la aku rasa tapi org dah ramai kat tepi jalan...tak tau mana datang, yela pagi2 sabtu kan bukannya ramai org pegi keja pun.

nasib baiknya masa tu aku kat lane tengah dan bawak pun tak laju sangat, tapi keta sebelah aku mmg tekan brek abis la sampai berbunyi cam dalam filem tu sampai senget2 keta dia, tapi nasib baik dia pun sempat la kontrol sebelum sampai kat keta yg accident tu.

masa tu aku cakap kat wife aku, kalau tak keta ni pun join la keta yg accident tu..dari dua jadi tiga...tak sangka la pulak bila tgk berita terkini sampai 19 bijik yg accident lepas tu...

yg kenyangnya tukang tarik keta lah..tak yah berebut..byk tu 19..dari awal lagi aku dah nampak diorang kat situ..

Mercedes-Benz B170 ~ Kereta Pintar Parking Sendiri?


selalu aku nampak keta nih..cuma tak sangka plak keta ni bleh masuk parking sendiri..betul ke ek? pompuan sure suka model nih hehehe

KENDERAAN bergerak sendiri secara automatik? Memang pelik tetapi Mercedes-Benz B170 membuktikan teknologi boleh merealisasikan impian manusia.

Kenderaan ini dilengkapi teknologi yang membolehkan ia memasuki petak meletak kenderaan secara automatik.

Justeru, tidak hairan model ini menjadi pilihan pemandu wanita.


Dari segi kuasa, jentera ini dengan enjin 1.7 liter membuatkan jentera ini terasa agak berat dengan daya tujahan agak perlahan tetapi sebaik mendapat momentum, ia memang seronok dipandu.

Sistem gantungan memang mantap menerusi aturan gandar Parabolic di belakang dan topang MacPherson di depan memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kemantapan kendalian.

Memasuki petak meletak kereta bukan masalah bagi model ini. Pemandu hanya perlu menunggu ‘signal’ pada panel meter sebelum menekan butang bagi membolehkan ia memasuki petak dengan sendiri.

Tetapi sistem ini hanya berfungsi ketika mahu memasuki petak meletak kenderaan sisi dan amat berguna dan menjimatkan tenaga.

Pemandu hanya perlu mengawal brek manakala selebihnya hanya diserahkan kepada jentera.