Mercedes-Benz B170 ~ Kereta Pintar Parking Sendiri?


selalu aku nampak keta nih..cuma tak sangka plak keta ni bleh masuk parking sendiri..betul ke ek? pompuan sure suka model nih hehehe

KENDERAAN bergerak sendiri secara automatik? Memang pelik tetapi Mercedes-Benz B170 membuktikan teknologi boleh merealisasikan impian manusia.

Kenderaan ini dilengkapi teknologi yang membolehkan ia memasuki petak meletak kenderaan secara automatik.

Justeru, tidak hairan model ini menjadi pilihan pemandu wanita.


Dari segi kuasa, jentera ini dengan enjin 1.7 liter membuatkan jentera ini terasa agak berat dengan daya tujahan agak perlahan tetapi sebaik mendapat momentum, ia memang seronok dipandu.

Sistem gantungan memang mantap menerusi aturan gandar Parabolic di belakang dan topang MacPherson di depan memberikan keseimbangan antara keselesaan dan kemantapan kendalian.

Memasuki petak meletak kereta bukan masalah bagi model ini. Pemandu hanya perlu menunggu ‘signal’ pada panel meter sebelum menekan butang bagi membolehkan ia memasuki petak dengan sendiri.

Tetapi sistem ini hanya berfungsi ketika mahu memasuki petak meletak kenderaan sisi dan amat berguna dan menjimatkan tenaga.

Pemandu hanya perlu mengawal brek manakala selebihnya hanya diserahkan kepada jentera.

7 comments:

Mr. Azman @ Kreuger said...

huhuhuh... best gak kalau ade kereta macam ni kan... nko tetau jer laa kat kl ni, semua jenis parking ikut suke hati jer... kalau ade kete macam ni, cume letak kat mode part.. die terus park sendiri... wallaaweeii canggeynye~

Kreuger®

zamz said...

apa lagi mr azman angkat sebijik hehe

myadlan said...

patut kena ada video ni. ada tak agaknya demo parking kt youtube?

zamz said...

leh try cari myadlan..

smaelz said...

kete best, rege pon best.. huuu~~ mati nak manten kete nih..

car blog said...

Fuiyo menarik nie..
Nak beli lah..
Tapi mampu ke aku???

zamz said...

betul tu smaelz..rasanya cam aku dpt free belum tentu leh pakai..

car blog..mampu tgk pun kira mampu gak heheh

Post a Comment